CrownBio Melancarkan Model Sasaran Disesuaikan Baharu untuk Imunoterapi

By , in PR PR World on .

SAN DIEGO, April 27, 2018 — Crown Bioscience, syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Crown Bioscience International (TWSE:6554) dan merupakan syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat-ubatan global yang menyediakan platform translasi untuk meningkatkan penyelidikan onkologi, keradangan, kardiovaskular dan penyakit metabolisme, kini menguatkan portfolio model sasaran ubat disesuaikan (HuGEMM™) kepunyaannya dengan melancarkan model transgenik CD3E baharu untuk memajukan pembangunan ubat imuno-onkologi (I/O).Antibodi pelencong sel-T terapeutik baharu, termasuk pelibat sel T dwispesifik menunjukkan potensi untuk merawat kanser dengan berkesan. Namun, pembangunan ubat ini terhalang disebabkan kekurangan model in vivo yang mampu merekapitulasi tindak balas khusus manusia. CrownBio memenuhi keperluan ini dengan model transgenik CD3E baharu mereka yang telah disahkan dengan kerjasama dan dibangunkan oleh NBRI Nanjing University.
Model CD3E tersebut mengekspresikan CD3E bentuk manusia dan mempunyai fenotip normal dengan tahap sel T, B dan NK yang setara dengan kawalan. Ciri-ciri ini menjadikannya model yang ideal untuk menentukan keberkesanan terapi pelencongan sel T bersasarkan CD3 menerusi penilaian terus terhadap pengaktifan sel T, pengecaman antigen dan laluan transduksi isyarat intrasel yang berkaitan.
“Data yang dijana daripada model CD3E baharu kami menunjukkan kebolehan uniknya untuk memandu pembangunan pelibat sel T dwispesifik dan terapi pelencongan sel T lain,” kata Dr. Davy Ouyang, Pengarah Onkologi Translasi di CrownBio. “Kami teruja dengan potensi model inovatif baharu ini untuk mendapatkan maklumat baharu dalam penemuan dan pembangunan agen I/O terkini.”
Ketahui dengan lebih lanjut tentang model CD3E baharu CrownBio di https://www.crownbio.com/immuno-oncology/hugemm/cd3e-mouse-model
Perihal Crown Bioscience Inc.
CrownBio ialah syarikat penyelesaian penemuan dan pembangunan ubat yang menyediakan platform translasi untuk meningkatkan penyelidikan onkologi, keradangan, kardiovaskular dan penyakit metabolisme. Dengan portfolio model yang relevan dan alat ramalan yang meluas, CrownBio membolehkan pelanggan untuk memberikan calon klinikal yang lebih baik.
Perihal NBRI Nanjing University
NBRI ialah syarikat terkemuka di China yang menyediakan model haiwan berkaitan penyakit manusia yang berkualiti tinggi kepada komuniti bioperubatan dan juga syarikat farmaseutikal. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun, NBRI mempunyai visi dan berusaha untuk menjadi pusat sehenti bertaraf dunia yang menjana, meramal fenotip dan mengedarkan model murin diubah suai genetik untuk rakan kongsi di seluruh dunia.
Pertanyaan Media:
Jody Barbeau
Crown Bioscience Inc.
[email protected]

The following two tabs change content below.
Jasmine Petters

Jasmine Petters

Jasmine hails from the city of Nizams, Hyderabad, and is currently pursuing her M.D. from there only. She is an internet wizard and has keen passion in All Things tech. She is a regular Comment contributor for The Daily Telescope and writes a Web column, in which she covers war, sports, and everything in between.
%d bloggers like this: